National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institute iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal danNutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom Malaysia (MGI) di Bangi, Selangor. NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

 

Bil.

Jawatan

Kelayakan

1.

Eksekutif  Strategi Korporat dan Komunikasi

(Gred 11 – Jawatan Kontrak)

(Pejabat Pengurusan Korporat -  Serdang, Selangor)  

Deskripsi Tugas:

  1. Membantu menguruskan acara/program/aktiviti yang dianjurkan oleh NIBM;
  2. Membantu mempromosikan kegiatan NIBM dengan menjemput pihak media untuk membuat liputan mengikut keperluan;
  3. Membantu menguruskan maklumbalas/informasi/input yang melibatkan stakeholder (MESTECC, agensi-agensi lain);  
  4. Membantu menyediakan siaran akhbar dan teks ucapan bagi acara/program/ aktiviti mengikut keperluan pihak NIBM dan institut;
  5. Membantu menyediakan, menyunting dan menyemak bahan-bahan taklimat media dan maklumat korporat;
  6. Membantu mengendalikan semua urusan protokol melibatkan pelaksanaan majlis dan petugas berkaitan dalam setiap acara yang dianjurkan oleh NIBM;
  7. Menghadiri mesyuarat/acara/program yang dikendalikan oleh MESTECC atau agensi-agensi yang berkaitan;
  8. Membantu mengurus liputan dan sidang akhbar untuk NIBM;
  9. Membantu memastikan acara/program/aktiviti yang dianjurkan oleh NIBM dikongsi di Facebook Rasmi NIBM;
  10. Membantu memastikan laman sosial NIBM (Facebook /Twitter) sentiasa dikemaskini;
  11. Menyediakan bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai kepakaran, perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan sedia ada di NIBM dalam bentuk cetakan dan elektronik;
  12. Membantu pihak pengurusan NIBM dalam proses penjenamaan atau penstrukturan semula NIBM;
  13. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Komunikasi;
  3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan, perancangan dan pengurusan dan mahir dalam pengurusan media  merupakan satu kelebihan; dan
  4. Memiliki sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang tugas berkaitan.

2.

Eksekutif                                     

(Gred 11 – Jawatan Tetap)

(Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia - Pulau Pinang)

Deskripsi Tugas:

  1. Membangun, melaksanakan, menyelenggara dan meningkatkan sistem pengurusan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan;
  2. Mengawal dokumen sistem kualiti dan rekod serta mengekalkan pengkalan data dokumen makmal berdasarkan piawaian yang ditetapkan;
  3. Mengadakan audit dalaman dan menyediakan laporan audit;
  4. Menyediakan , menyemak dan mengemaskini Standard Operating Procedure (SOP) mengikut piawaian yang ditetapkan;
  5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Kualiti, atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakn yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kualiti contohnya ISO, GLP dan GMP.

3.

Saintis

(Gred 10-11 – Jawatan Tetap)

(Institut Agro-Bioteknologi Malaysia – Serdang, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Merancang tugas-tugas penyelidikan termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan;
  2. Menyediakan laporan kemajuan penyelidikan serta pembentangan kerja setiap 6 bulan bagi projek-projek penyelidikan;
  3. Melaksanakan aktiviti pembangunan produk dan pengkomersilan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan;
  4. Melibatkan diri dalam projek MSI atau program kesedaran sebagai aktiviti CSR;
  5. Menulis dan menerbitkan penulisan saintifik hasil projek penyelidikan dalam jurnal saintifik berwasit dan/atau menghasilkan penemuan yang layak untuk dipatenkan;
  6. Terlibat dalam program Latihan atau Bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi urusetia dalam persidangan;
  7. Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;
  8. Membuat permohonan perolehan alatan makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyelidikan;
  9. Bertanggungjawab memastikan makmal berada dalam keadaan selamat bagi menjalankan penyelidikan;
  10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.   
                                           
       

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang diperlukan seperti Bioteknologi/ Teknologi Makanan/Bioteknologi Industri/ Teknologi Fermentasi/Bioteknologi Tumbuhan/ Biologi/ akuakultur/ Sains Gunaan/ Biologi Molekul/Biokimia atau yang setara dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara;
  2. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PHD) merupakan satu kelebihan;
  3. Perlu memberikan maklumat lengkap seperti senarai Projek Penyelidikan, Penerbitan, Harta Intelek (IP) , pencapaian serta sumbangan dalam resume yang dihantar;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
  5. Boleh menjalankan kerja di bawah pengawasan minimum.

4.

Saintis/Teknologis (Seksyen Teknologi Penjujukan)

(Gred 6-11 – Jawatan Tetap)

(Institut Genom Malaysia – Bangi, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan peralatan Next Generation Sequencing, Sanger Sequencing dan peralatan yang berkaitan untuk analisis penjujukan dan biologi molekul;
  2. Merancang dan menjalankan tugas-tugas penyelidikan termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan;
  3. Menyediakan laporan kemajuan penyelidikan serta pembentangan kerja setiap 6 bulan bagi projek-projek penyelidikan;
  4. Melaksanakan aktiviti pembangunan produk dan pengkomersilan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan;
  5. Bertanggungjawab untuk menjalankan proses kawalan kualiti sampel dan penyediaan sampel sebelum analisis pejujukan;
  6. Bertanggungjawab dalam perkerjaan rutin seperti melakukan proses kalibrasi dan pembersihan peralatan makmal;
  7. Bertanggungjawab memastikan makmal berada dalam keadaan selamat bagi menjalankan penyelidikan;
  8. Membuat permohonan perolehan peralatan makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyelidikan;
  9. Bertanggungjawab dalam menjalankan projek penyelidikan bersama universiti atau institusi luar dan dalam negara;
  10. Bertanggungjawab dalam memberi maklumbalas kepada pertanyaan mengenai teknologi penjujukan;
  11. Terlibat dalam program Latihan atau Bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi urusetia dalam seminar, bengkel, pameran dan persidangan yang dianjurkan oleh Institut;
  12. Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;
  13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
     
                          

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang Bioteknologi/ Molekul/Biologi/ Biokimia/Mikrobiologi/Genetik/Bioinformatik/Biologi Perkomputeran atau yang setara dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara;
  2. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PHD) merupakan satu kelebihan;
  3. Perlu memberikan maklumat lengkap seperti senarai Projek Penyelidikan, Penerbitan, Harta Intelek (IP) , pencapaian serta sumbangan dalam resume yang dihantar;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
  5. Boleh menjalankan kerja di bawah pengawasan minimum.

5.

Saintis/Teknologis (Seksyen Mass Spectrometry Technology)

(Gred 6-11 – Jawatan Tetap)

(Institut Genom Malaysia – Bangi, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan peralatan Liquid Chromatography dan Mass Spectrometry beresolusi tinggi (LCMS/MS) untuk analisis proteomik dan metabolomik serta peralatan yang berkaitan;
  2. Bertanggungjawab untuk menjalan proses penyediaan sampel sebelum analisis LCMS/MS;
  3. Memberikan perkhidmatan penganalisian data mentah dan interpretasi data penyelidikan kepada pelangan;
  4. Bertanggungjawab dalam perkerjaan rutin seperti melakukan proses kalibrasi dan pembersihan peralatan LCMS/MS;
  5. Merancang dan menjalankan tugas-tugas penyelidikan termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan;
  6. Menyediakan laporan kemajuan penyelidikan serta pembentangan kerja setiap 6 bulan bagi projek-projek penyelidikan;
  1. Melaksanakan aktiviti pembangunan produk dan pengkomersilan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan;
  2. Membuat permohonan perolehan alatan  makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja;
  3. Bertanggungjawab dalam menjalankan projek penyelidikan bersama universiti atau institusi luar dan dalam negara;
  4. Terlibat dalam program Latihan atau Bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi urusetia dalam persidangan;
  5. Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;
  6. Bertanggungjawab memastikan makmal berada dalam keadaan selamat bagi menjalankan penyelidikan;
  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.   
                                                          

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang Bioteknologi/ Molekul/Biologi/ Biokimia/Mikrobiologi/Genetik/Bioinformatik/Biologi Perkomputeran atau yang setara dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara;
  2. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PHD) merupakan satu kelebihan;
  3. Perlu memberikan maklumat lengkap seperti senarai Projek Penyelidikan, Penerbitan, Harta Intelek (IP) , pencapaian serta sumbangan dalam resume yang dihantar;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
  5. Boleh menjalankan kerja di bawah pengawasan minimum.

6.

Saintis

(Gred 6-11 – Jawatan Tetap)

(Institut Genom Malaysia – Bangi, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Merancang dan menjalankan tugas-tugas penyelidikan termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan;
  2. Menyediakan laporan kemajuan penyelidikan serta pembentangan kerja setiap 6 bulan bagi projek-projek penyelidikan;
  3. Melaksanakan aktiviti pembangunan produk dan pengkomersilan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan;
  4. Menulis dan menerbitkan penulisan saintifik hasil projek penyelidikan dalam jurnal saintifik berwasit dan/atau menghasilkan penemuan yang layak untuk dipatenkan;
  5. Terlibat dalam program Latihan atau Bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi urusetia dalam persidangan;
  6. Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;
  1. Mengendali dan mengurus selia peralatan dan mesin yang terdapat di dalam makmal;
  2. Membuat permohonan perolehan alatan makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyelidikan;
  3. Memberikan perkhidmatan penganalisaan data dan maklumat saintifik serta menjalankan bengkel-bengkel berbayar bagi menjana keuntungan institut;
  4. Bertanggungjawab memastikan makmal berada dalam keadaan selamat bagi menjalankan penyelidikan;
  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
                                      
                    

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang Bioteknologi/ Molekul/Biologi/ Biokimia/Mikrobiologi/Genetik/Bioinformatik/Biologi Perkomputeran atau yang setara dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara;
  2. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PHD) merupakan satu kelebihan;
  3. Perlu memberikan maklumat lengkap seperti senarai Projek Penyelidikan, Penerbitan, Harta Intelek (IP) , pencapaian serta sumbangan dalam resume yang dihantar;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
  5. Boleh menjalankan kerja di bawah pengawasan minimum.

7.

Pembantu Penyelidik

(Gred 14 – Jawatan Kontrak)

(Institut Agro-Bioteknologi Malaysia – Serdang, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Menjalankan tugas pengendalian peralatan yang telah ditetapkan;
  2. Membantu dalam proses penyediaan sampel penyelidikan dan juga penyediaan laporan akhir dalam setiap analisis sampel yang dijalankan;
  3. Memastikan peralatan yang dikendalikan berada dalam keadaan optimum dan memaklumkan kepada kakitangan yang bertanggungjawab jika terdapat masalah dengan peralatan yang dijaga;
  4. Menguruskan urusan perolehan bagi penyelenggaraan alat;
  5. Menguruskan dan menyusun jadual penggunaan alat bagi mengelakkan pertindihan;
  6. Melibatkan diri dan membantu dalam urusan penyediaan peralatan dan makmal yang terlibat dengan bengkel atau kursus;
  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.   
      

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Diploma dalam bidang Biologi/Bioteknologi/ Teknologi Makanan/Sains Gunaan/ Bioteknologi Industri atau Pengurusan Makmal yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  3. Graduan digalakkan untuk memohon.

8.

Juruteknik

(Gred 15 – Jawatan Tetap)

(Institut Agro-Bioteknologi Malaysia – Serdang, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Membuat pemeriksaan harian pada sistem air-cooled aircond chiller untuk memastikan tiada masalah tripping alarm;
  2. Membuat pemeriksaan keseluruhan bangunan dan melaporkan kepada pegawai atasan jika terdapat masalah berkaitan dengan  sistem M&E, Civil dan Plumbing untuk tindakan selanjutnya;
  3. Memantau kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan yang dilakukan oleh kontraktor luar;
  4. Mengambil tindakan segera terhadap aduan kerosakan yang dilaporkan oleh kakitangan;
  5. Melakukan kerja-kerja perolehan bagi pembaikan, penambahan dan naik taraf sistem M&E, Civil dan Plumbing;
  6. Membuat pemeriksaan pada sistem Main Fire Alarm Panel, Sub Fire Alarm Panel dan CO2 control panel dari berlakunya trigger termasuk juga membuat pemeriksaan pemadam api; dan
  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Mempunyai sijil teknikal dalam bidang Mekanikal/Elektrikal/Awam merupakan satu kelebihan;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang tugas berkaitan.

9.

Penolong Pentadbir

(Gred 14 – Jawatan Tetap)

(Institut Agro-Bioteknologi Malaysia – Serdang, Selangor)

Deskripsi Tugas:

  1. Membantu merekod dan mengemaskini rekod KPI dan pangkalan data ABI;
  2. Membantu dalam urusan Unit Komunikasi Korporat (UKK);                                                                
  3. Membantu menguruskan urusan perolehan bagi pembayaran hotel, tiket penerbangan dan tuntutan perjalanan;              
  4. Menguruskan tuntutan bayaran panel penilai projek mengikut sesi;
  5. Membantu menguruskan dokumen – dokumen berkaitan RMC bagi setiap mesyuarat;
  6. Membantu menguruskan sistem fail dan rekod Bahagian Pengurusan Penyelidikan;
  7. Menjalankan kerja-kerja kesetiausahaan dan menjaga hal ehwal Pengarah Penyelidikan ABI;
  8. Membantu menjalankan tugas-tugas pengurusan surat-menyurat dan fail serta pengurusan mesyuarat;
  9. Menguruskan urusan tempahan hotel, tiket kapal terbang dan semua dokumen berkaitan bagi pihak Pengarah Penyelidikan;
  10. Menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat Pengarah Penyelidikan;
  11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa ke semasa. 
                            
          

Kelayakan dan Pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai Diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan / Pengurusan & Teknologi Pejabat / Kesetiausahaan Eksekutif atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  3. Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.

10.

Penolong Pegawai Teknologi        (Gred 15 – Jawatan Tetap)

(Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia - Pulau Pinang)

Deskripsi Tugas:

  1. Membantu memantau penjadualan penyelenggaraan peralatan makmal;
  2. Membantu Saintis dalam penyediaan keperluan dalam kajian menggunakan haiwan makmal;
  3. Membantu Saintis mendapatkan sebutharga bagi perolehan peralatan di Bahagian Fasiliti Penyelidikan Haiwan;
  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan pengalaman:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang penyelenggaraan peralatan makmal.
  4. Mempunyai pengalaman di dalam penyelidikan haiwan merupakan satu kelebihan.


Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan : 7 December 2018  

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

*****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Korporat, Aras 2,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibupejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.